Ahad, 28 Ogos 2011

Tujuh Wanita Berwajah Huduh

Inilah antara wajah-wajah wanita yang korang takkan letakkan dalam senarai calon bini korang . Huh ! Tak bernafsu langsung KejadaH tengok !









Sebagai tambahan, tengok yang muslimah ni. Hehe

Ayu kan ??

   KejadaH : Suka tengok muka Heliza Helmi. Sweet je..... :)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Senarai peminum arak dunia - Malaysia di ranking ke-10 !!

     Penghujung bulan Mei 2011 menjadi hari-hari yang menyedihkan buat umat Islam di Malaysia kerana Malaysia telah tersenarai dalam "top ten" peminum arak teramai di dunia !! Mana pergi label Negara Islam yang dibangga-banggakan para pemimpin negara ni ? 21 Januari lepas, TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya menyatakan Malaysia telah diperakui sebagai negara islam contoh. Nak tau siapa yang cakap Malaysia negara Islam contoh tu?Hillary Clinton.! Setiausaha Negara Amerika Syarikat punya statement die nak banggakan?Apa punya kepala otak la..Dah la orang tu kafir, negara penindas. Dia boleh bangga ?? Ape kejadahnye ?? Perkara ini sangat memalukan kerana Malaysia mempunyai seramai 14 orang mufti dan 40 orang ulama' UMNO. Mana perginya peranan mereka? Anda boleh nilai sendiri.

           Malaysia ni sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Tapi boleh pulak terselit dalam senarai "top ten" negara peminum air kencing setan di dunia. KejadaH sebagai seorang umat Islam di Malaysia, berasa amat malu dengan perkembangan ini. Sangat2 malu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), sebagai sebuah negara kecil, Malaysia membelanjakan USD500juta (RM1.5Billion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan bir di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita.

   KejadaH : Malaysia Boleh. :(


Khamis, 25 Ogos 2011

Matematik mudah dalam Al-Quran

Assalamualaikum dunia. Salam sejahtera buat anda2 yang non-muslim.

     Mesti anda pernah berdepan masalah kesukaran mencari muka surat dalam Al-Quran. Cara penyelesaian yang biasa anda gunakan adalah menyelak muka surat belakang kitab cuci tersebut. Betulkan? :)

     Sekarang ni KejadaH nak kongsikan sebuah formula penyelasaian yang paling mudah untuk mencari muka surat Al-Quran mengikut juzuk. Hanya menggunakan matematik mudah. Lihat contoh2 di bawah.

Contoh 1 - Juzuk 5
  • 5 - 1 = 4 . 4 didarabkan dengan 2, jadi 4 x 2 = 8
  • Letakkan nombor 2 selepas jawapan = 82
  • Jadi Juzuk 5 adalah pada muka surat 82
Contoh 2 - Juzuk 14
  • 14 - 1 = 13 . 13 didarabkan dengan 2, jadi 13 x 2 = 26
  • Letakkan nombor 2 selepas jawapan = 262
  • Jadi Juzuk 14 adalah pada muka surat 262
Contoh 3 - Juzuk 22
  • 22 - 1 = 21 . 21 didarabkan dengan 2, jadi 21 x 2 = 42
  • Letakkan nombor 2 selepas jawapan = 422
  • Jadi Juzuk 22 adalah pada muka surat 422


 Kalau masih ragu2, cek Al-Quran anda sekarang. :)




Lagi peluang pemain Malaysia bermain di Liga Eropah !!

          Setelah dua minggu menjadi pemilik rasmi kelab bola sepak Eropah - Queens Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandes telah menghantar video tiga orang pemain Harimau Malaya untuk dinilai jurulatih kelab itu, Neil Warnock. Walaubagaimana pun, nama-nama pemain berkenaan masih lagi tidak didedahkan oleh pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia berkenaan. Tidakan tersebut dilihat sebagai usaha murni beliau dalam menaikkan taraf bola sepak Malaysia di persada dunia.

          Ditanya mengenai permit kerja yang ketat di Eropah, Tony berkata beliau tidak akan mengalah untuk membawa pemain Malaysia ke QPR. Sama seperti ketika Air Asia berusaha selama tujuh tahun bagi mendapatkan laluan terbang ke Singapura. Tahniah Tony.

Tan Sri Tony Fernandes

Siapakah tiga orang yang bertuah dapat bermain di QPR ?

Kelab yang menjadi milik rakyat Malaysia

Tony dan jurulatih QPR, Neil Warnock

Jambatan Terpanjang Di Dunia 2011

Pada 30 Jun 2011, China sekali lagi melakar kejayaan besar apabila mengumumkan projek pembinaan jambatan terpanjang di dunia - Jiaozhou Bay Bridge telah siap sepenuhnya dan mula dibuka. Jiaozhou Bay Bridge adalah jambatan jalan raya di wilayah Shandong di timur China. Ia menghubungkan Daerah Huangdao, Bandar Qingdao, dan Pulau Hongdao. Panjang jambatan ini ialah 42.5 kilometer, menjadikannya sabagai jambatan atas air yang terpanjang menurut Guinness World Records.










Fakta :
  • Empat tahun untuk disiapkan
  • 10,000 orang pekerja
  • 450,000 tan keluli
  • 2.3 juta meter padu konkrit
  • Direka oleh Shandong Gaosu Group
  • 5,000 tiang
  • Enam lorong
  • Direka bagi menahan gempa bumi yang teruk, taufan dan perlanggaran dengan kapal.
  • Kos projek dipercayai melebihi USD1.5 billion.




  

MUIP membuat larangan penyampaian tazkirah Ramadhan

Tazkirah: Muip sepatutnya lebih berakhlak
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini melahirkan rasa kesal dan membantah arahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang melarang penyampaian tazkirah Ramadan di semua masjid dan surau seluruh negeri ini.

Ketuanya, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, menganggap ‘pengharaman’ berkenaan sebagai satu kejutan baru di Malaysia selepas negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Muip telah muncul di sebuah stesen televisyen dalam slot berita tengah hari mengumumkan larangan mengadakan tazkirah Ramadhan di semua surau dan masjid seluruh negeri Pahang dengan alasan telah menggangu ibadah orang lain dan majlis ilmu.

Difahamkan, kebanyakan masjid di bawah Muip sudah menghentikan majlis tazkirah selepas sembahyang zohor dan sembahyang tarawih.

Shahril dalam edaran medianya yang kesal dengan arahan tersebut, menyoal adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau Exco kerajaan negeri lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

“Sepatutnya Muip sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah untuk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, bukannya mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu.

“Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

“Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?” soalnya.

Shahril dalam edaran medianya berkata, kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama.

Tambahnya, tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al-Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

“Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al-Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk dan iman semakin menebal.

“Perlu diingat, kejahilan umat Islam dalam menghayati ajaran Islam dalam segala aspek kehidupan boleh menjerumuskan umat Islam kepada gejala murtad. Adakah pihak Muip akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak diatas kejahilan umat Islam di Pahang yang boleh membuka ruang kepada terdedahnya gejala murtad?” soalnya lagi.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak Muip menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.

Khalid Samad mahu saman Papa Gomo

Ya Salam Ya Salam .... Selamat hari khamis .. :)
          Kepada para blogger(politik), rasenye sume kenal Papa Gomo kan ? Menurut sumber yang KejadaH peroleh, si Papa Gomo ni bakal berhadapan saman oleh YB Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad atas tuduhan fitnah dan penipuan yang Papa Gomo ni buat melalui blognya. 
     
          Menurut entri dalam blog Papa Gomo tersebut, dia mendakwa ada "orang dalam MBPJ" memberikannya dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya”  lalu dimuatkan di laman blognya pada 13 Ogos lalu. Antara isi kandungan dokumen palsu itu mendakwa Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Khalid bersama tiga exco kerajaan negeri (Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok) telah mengarahkan MBPJ membatalkan operasi menyita Gereja Methodist Damansara Utama yang aktif dalam aktiviti memesong akidah umat Islam.. 




          Lantaran itu, Khalid Samad dan ahli-ahli MBPJ telah membuat laporan polis berhubung insiden fitnah tersebut. Sementara itu, Papa Gomo berkata dia sanggup disoal siasat oleh polis dan akan mempertahankan "kesahihan" dokumen palsu tersebut.

         

Selasa, 23 Ogos 2011

Awas ! Jeli Kulit Babi


Hidangan yang sering dihidangkan di hari raya. patut lah sedap yer ? murah pon murah. 
share ! jngan x share.

Personaliti Disebalik Kaedah Menulis

TEKANAN
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

BENTUK TULISAN
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)





KECONDONGAN
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

KERAPATAN
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

PADA HURUF J, G, Y, Z ...
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

PADA PALANG HURUF T KECIL (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

RUMUSAN :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Fakta ini ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi terkenal tanah air, Dato' Haji Fadzilah Kamsah.

Isnin, 22 Ogos 2011

GOSSIP | Azwan Ali Vs Diddie Alias

Wah2.. Dah lama x dengar pasal Azwan Ali. Tup2. keluar cerita panas mcm nie. Ya Allah, di bulan2 mulia ni patutnye tawaduk melakukan ibadah. menunggu Lailatul Qadar. Boleh bergaduh pulak ? Ape kejadahnya ?






Mr. Kejadah x menyebelahi mana2 pihak. korang tgok dan nilai lah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.

Termahal vs Termurah

Ya Salam Ya Salam .... entry kali ni KejadaH nak tunjukkan kereta yang termahal vs kereta termurah di dunia. Mulanya KejadaH ingat Bugatti Veyron la yang paling mahal, rupa2nya Konigsegg dah ambil alih takhta kereta termahal tu dengan terciptanya Konigsegg Trevita - RM6,835,529.




Kereta termurah pulak ?? hehe. Ni tengok ni. TATA Nano. Harganya cuma RM7370.00 bagi model asas. Kereta ni dilancarkan pada Mac 2009 di Mumbai.


Hehe. Cuba korang bandingkan dua kereta kat atas ni?? ;)





Spoiler ???

Dalam dunia perlumbaan kereta, spoiler/sayap belakang adalah penting dalam mempengaruhi kelajuan sesebuah kereta. Tapi disebabkan perangai manusia yang macam2 kat muka bumi ni, maka terciptalah pemandangan2 jelik macam kat bawah ni .. aishhh ... KejadaH pun no komen la ...






Koleksi Kereta Sultan Brunei

Rasenye semua orang tahu Sultan Brunei adalah antara raja yang terkaya di dunia ni.Sultan Hassanah Bolkiah ade 1 hobi yang sangat2 hebat. Baginda gemar mengumpul kereta-kereta mewah. Tak terkejut kan ? macam mane pulak bila KejadaH nyatakan kat sini, Sultan Brunei ni ade lebih kurang 7000 kereta mewah daripada pelbagai jenama. Baginda memiliki beratus-ratus Rolls Royce, beratus-ratus Ferrari, beratus-ratus BMW dan macam2 la!!!Tambah menarik, baginda jugak memiliki kereta-kereta yang dibuat khas untuk baginda mcm Merz CLK-GTR dan Ferrari F50. Huh ! Kalau korang tak percaye , tengok gambar2 ni ...

AMG - Exclusive engine for the Royal Family of Brunei

Ferrari F50 - Dibuat khas untuk Sultan Brunei

2 daripada 5 garaj gergasi Sultan Brunei

Kereta yang Sultan Brunei gunakan ketika di London
Design gabungan Rolls Royce dan Porsche

Kereta rasmi Tuanku di perayaan/keraian di Brunei
Selain tu,kat bawah ni ade la KejadaH letak macam2 koleksi kereta Tuanku . tengok3 ..











hurmmm ... parking Ferrari macam parking kereta sorong aje ! dahsyat2 ........


Mari Komen