Khamis, 25 Ogos 2011

Jambatan Terpanjang Di Dunia 2011

Pada 30 Jun 2011, China sekali lagi melakar kejayaan besar apabila mengumumkan projek pembinaan jambatan terpanjang di dunia - Jiaozhou Bay Bridge telah siap sepenuhnya dan mula dibuka. Jiaozhou Bay Bridge adalah jambatan jalan raya di wilayah Shandong di timur China. Ia menghubungkan Daerah Huangdao, Bandar Qingdao, dan Pulau Hongdao. Panjang jambatan ini ialah 42.5 kilometer, menjadikannya sabagai jambatan atas air yang terpanjang menurut Guinness World Records.










Fakta :
  • Empat tahun untuk disiapkan
  • 10,000 orang pekerja
  • 450,000 tan keluli
  • 2.3 juta meter padu konkrit
  • Direka oleh Shandong Gaosu Group
  • 5,000 tiang
  • Enam lorong
  • Direka bagi menahan gempa bumi yang teruk, taufan dan perlanggaran dengan kapal.
  • Kos projek dipercayai melebihi USD1.5 billion.




  

Mari Komen