Ahad, 28 Oktober 2012

Senarai Penuh Lokasi AES (Whole Malaysia)

Ya Salam Ya Salam...

Wahai blogger2 dan pembace2 sekalian... Sejak due menjak ni negare kite dok kecoh pasal Automated Enforcement System(AES). Haaa...kejadah ape AES tu??Bagi yang tak tau..AES ni adalah kamera yang akan "snap" gambo kerete2 yang di pandu melebihi had laju. Kalau dulu, kamera ni ade polis yang pegang. Biasenye kat tepi2 highway, bawah flyover, tapi sejak 23 September lepas, jaranglah kite nampak ade polis2 yang dok mencengkong sambil pegang kamera ni.



JADI ! Sebagai rakyat Malaysia yang memandu kereta, mesti anda2 dan Mr.Kejadah taknak disaman. Untuk itu, kat bawah ni Mr.Kejadah sediakan SENARAI PENUH LOKASI KAMERA AES DI MALAYSIA. Korang dah bace, print, pastu tampal kat dashboard kerete. Haha. Agak2 1km sebelum lokasi kamera tu, pandai2 la korang slowkan kerete. Lagi satu, sentiasa alert dengan had laju. *klik gambo untuk besokan.


















Haaa...tu diaaa...Dah lepas kamera tu, korang pecutla suke hati. :)

Sumber gambar : https://www.facebook.com/pages/Kempen-Anti-Saman-Ekor-KASE/146289665399185?filter=1

Selasa, 31 Januari 2012

Kek yang menyampah ! ! !

 Assalamualaikum !!! KejadaH nak tanye ni ha ..
 Sape suke makan kek ??? hahah .. suke ye .. KejadaH tak heran pun .. tapi kalau korang suke kek-kek 

 kat bawah ni .. KejadaH akan kategorikan korang sebagai "NO SENSE"
















SUKE ???



Isnin, 16 Januari 2012

Koleksi Kereta Christiano Ronaldo


Christiano Ronaldo. Bekas pemain bola sepak Manchester United yang kini beraksi garang bersama Real Madrid adalah player kedua termahal di dunia selepas David Beckham dengan anggaran gaji RM91.1 juta setahun. Jadi, tak hairan la KejadaH kalau kereta player2 bola eropah ni buat kite seram.
























Bawah ; Kereta Ferrari ala Batman - Ferrari 599 GTO yang dibeli CR7 bagi menggantikan Ferrari 599 GTB Fiorano yang ditimpa kemalangan ketika dipandu Ronaldo sendiri.

Add caption




















Ahad, 11 Disember 2011

Mercedes Benz SLR McLaren Bersalut Emas


Sebuah firma penalaan di Switzerland - Ueli Anliker Design telah menghiasi Mercedes SLR McLaren dengan 500 delima dan emas 24k. Supercar tersebut telah diberikan nama - Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream. Firma penalaan tidak hanya memberikan sentuhan pada paras rupa, tetapi mesin juga. Sebanyak 500 LED telah digunakan untuk memastikan penglihatan yang terbaik. Selain itu, paip ekzos telah dibalut dengan penebat khas, supaya emas tidak cair. Walaupun kulit dicat emas, butang pula disaluti sama ada emas atau delima.Sport supercar ini juga disalut emas sementara logo SLR ditala dengan delima.










- Dah banyak sangat duit, kereta pun pakai emas ... :)


Jumaat, 2 Disember 2011

Kereta Terbang Terrafugia

Terrafugia adalah sebuah jentera masa depan iaitu; KERETA TERBANG. Perkara pertama yang difikirkan sebelum membeli kereta terbang ini semestinya dapat melepasi kesibukan jalanraya.

Terrafugia ini mampu terbang sejauh 724km dalam mod pesawat dan mampu mencecah kelajuan 185km/h dalam mod kereta biasa.

Jentera hebat ini juga disebut sebagai Transition Roadable Aircraft, yang mempunyai sayap yang akan terlipat secara automatik dalam masa 30 saat.

Setelah sayapnya terlipat, maka Terrafugia ini akan bergerak sama seperti kenderaan empat roda yang lain malah muat untuk diletakkan dalam kawasan garaj kereta normal. Kereta ini sangat fleksibel untuk digunakan. Terrafugia ini dijual dengan harga RM565.000.










Korang boleh layari http://www.terrafugia.com/index.html untuk maklumat lanjut ... :)


Selasa, 29 November 2011

Plastik Stokin

Ya Salam ... Uih ... Lamenye la ye Kejadah tak update blog yang kejadah ni .... ish3 .. nah. bace bawah ni... 



Jangan tanye la ape bendenye ni ye .. Hihihi .. Kejadah sangat menggemari KFC ... tapi lepas tengok "plastik stokin" ni, jadi menyampah pulak ... eeeiii ... Korang agak2, kalau ADIDAS pun join sekali "plastik stokin" macam kat atas ni, ape taglinenye?? Nothing Is Impossible??? :)

Ahad, 23 Oktober 2011

Asal Usul Kad Kuning Dan Kad Merah

Ya Salam Ya Salam....

KejadaH adalah seorang peminat bola sepak yang sangat fanatik dengan Selangor FC dan Real Madrid FC. KejadaH juga percaya bahawa beratus juta lagi manusia yang meminati bola sepak walaupun berlainan pasukan. Pernah tak anda2 semua fikir, bagaimana kad kuning dan kad merah yang amat dibenci oleh pemain2 bola sepak ni boleh wujud?Adakah kad kuning dan merah telah digunakan sejak bola sepak diperkenalkan?Begini......

Kad Merah Kad Kuning

Kad kuning dan merah hanya mula digunakan semasa piala dunia 1970. Namun, ianya telah diinspirasikan pada piala dunia 1966. Kisahnya begini. Ketika pertemuan suku akhir di antara England dan Argentina, pengadil perlawanan Rudolf Kreitlein dari Jerman telah mengarahkan kapten pasukan Argentina untuk keluar padang. Tetapi kapten tersebut tidak mengendahkannya kerana tidak faham dengan bahasa pengadil tersebut. Lalu seorang pengadil berbangsa Inggeris yang bertugas, Ken Aston yang juga tahu berbahasa Sepanyol telah menyuruh kapten Argentina itu keluar padang.

Refree Rudolf Kreitlein

Akibat kesulitan insiden tersebut, Ken Aston telah memikirkan masalah ini. Idea kad kuning dan merah tersebut muncul ketika dia melihat TRFFIC LIGHT dan dia telah mengusulkan idea tersebut kepada FIFA.

 Secara rasminya kad kuning dan merah telah digunakan pada piala dunia 1970. Hanya satu kad kuning dilayangkan manakala tiada kad merah dikeluarkan. Walaupun idea ini datang daripada seorang pengadil berbangsa Inggeris, namun penggunaan kad merah dan kuning dalam Liga Inggeris hanya bermula pada tahun 1976. Idea ini telah diikuti oleh sukan lain seperti hoki yang mempunyai tiga kad iaitu kuning, merah dan hijau. 

Refree Ken Aston

p/s : KejadaH benci Ben Williams(refree from hell)




Mari Komen