Jumaat, 2 Disember 2011

Kereta Terbang Terrafugia

Terrafugia adalah sebuah jentera masa depan iaitu; KERETA TERBANG. Perkara pertama yang difikirkan sebelum membeli kereta terbang ini semestinya dapat melepasi kesibukan jalanraya.

Terrafugia ini mampu terbang sejauh 724km dalam mod pesawat dan mampu mencecah kelajuan 185km/h dalam mod kereta biasa.

Jentera hebat ini juga disebut sebagai Transition Roadable Aircraft, yang mempunyai sayap yang akan terlipat secara automatik dalam masa 30 saat.

Setelah sayapnya terlipat, maka Terrafugia ini akan bergerak sama seperti kenderaan empat roda yang lain malah muat untuk diletakkan dalam kawasan garaj kereta normal. Kereta ini sangat fleksibel untuk digunakan. Terrafugia ini dijual dengan harga RM565.000.










Korang boleh layari http://www.terrafugia.com/index.html untuk maklumat lanjut ... :)


Mari Komen