Penghujung bulan Mei 2011 menjadi hari-hari yang menyedihkan buat umat Islam di Malaysia kerana Malaysia telah tersenarai dalam "top ten" peminum arak teramai di dunia !! Mana pergi label Negara Islam yang dibangga-banggakan para pemimpin negara ni ? 21 Januari lepas, TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya menyatakan Malaysia telah diperakui sebagai negara islam contoh. Nak tau siapa yang cakap Malaysia negara Islam contoh tu?Hillary Clinton.! Setiausaha Negara Amerika Syarikat punya statement die nak banggakan?Apa punya kepala otak la..Dah la orang tu kafir, negara penindas. Dia boleh bangga ?? Ape kejadahnye ?? Perkara ini sangat memalukan kerana Malaysia mempunyai seramai 14 orang mufti dan 40 orang ulama' UMNO. Mana perginya peranan mereka? Anda boleh nilai sendiri.
Malaysia ni sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Tapi boleh pulak terselit dalam senarai "top ten" negara peminum air kencing setan di dunia. KejadaH sebagai seorang umat Islam di Malaysia, berasa amat malu dengan perkembangan ini. Sangat2 malu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), sebagai sebuah negara kecil, Malaysia membelanjakan USD500juta (RM1.5Billion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan bir di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita.
KejadaH : Malaysia Boleh. :(