Khamis, 25 Ogos 2011

Khalid Samad mahu saman Papa Gomo

Ya Salam Ya Salam .... Selamat hari khamis .. :)
          Kepada para blogger(politik), rasenye sume kenal Papa Gomo kan ? Menurut sumber yang KejadaH peroleh, si Papa Gomo ni bakal berhadapan saman oleh YB Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad atas tuduhan fitnah dan penipuan yang Papa Gomo ni buat melalui blognya. 
     
          Menurut entri dalam blog Papa Gomo tersebut, dia mendakwa ada "orang dalam MBPJ" memberikannya dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya”  lalu dimuatkan di laman blognya pada 13 Ogos lalu. Antara isi kandungan dokumen palsu itu mendakwa Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Khalid bersama tiga exco kerajaan negeri (Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok) telah mengarahkan MBPJ membatalkan operasi menyita Gereja Methodist Damansara Utama yang aktif dalam aktiviti memesong akidah umat Islam.. 




          Lantaran itu, Khalid Samad dan ahli-ahli MBPJ telah membuat laporan polis berhubung insiden fitnah tersebut. Sementara itu, Papa Gomo berkata dia sanggup disoal siasat oleh polis dan akan mempertahankan "kesahihan" dokumen palsu tersebut.

         

Mari Komen