Ya Salam Ya Salam .... entry kali ni Kejadah nak tunjuk pasal pedang samurai yang KejadaH selidik dan rahsia di sebalik pembikinan pedang-pedang ni. Jeng jeng jeng ...
Harga paling murah bagi sebilah pedang samurai original ialah RM1 juta(12 - 15 inci panjang). Kalau korang ade jumpa pedang samurai yang dijual harga tiga empat ribu tu, korang gelak jela kat orang yang jual tu. Haha.
Kekuatan pedang samurai ni terletak pada bahan mentah pedang dan proses pembikinannya. Ada juga yang kata, bahan mentah tu di ambil dari batu komet yang jatuh kat bumi ni. Bahan untuk buat pedang samurai ni termasuklah titanium iaitu sebuah unsur kimia. Sifat titanium yang paling terkenal dan kuat mirip dengan Zirconium secara kimia dan fizik. Kebaikan zirconium ni ialah sangat keras. Uniknya, apabila zirconium mengalami lenturan atau pukulan, ia akan menjadi semakin keras.
Dalam proses pembikinannya, orang yang buat pedang tu tak boleh tido selagi pedang tu tak siap. Proses pembikinannya sama dengan pembikinan keris, iaitu dengan cara dilipat-lipat pada suhu tinggi. Lipat-lipatan inilah yang menjadikan pedang samurai tinggi kualitinya.