Khamis, 15 September 2011

Himpunan Mutiara Kata

Lame dah Kejadah tak update blog ye ...uish3 ... nah ! entry kali ni Kejadah nak bagi korang2 sume cuci otak sikit . Renung2 dan amalkan selepas korang2 baca koleksi mutiara kata ni. :) 
  • Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung padanya - Hamba Allah
  • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan hidup, namun jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  • Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya - Albert Camus
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  • Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang - Cecil B. DeMille
  • Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu - Aflatun
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  • Rezeki..ada di mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa. Yang penting, usaha dan tawakal.
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  • Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  • Pentingkan perkara yang penting adalah lebih penting daripada pentingkan perkara yang tidak penting. :)

*** Renung2kan...dan selamat beramal ***

Mari Komen