Ya Salam Ya Salam ....
Pukul 3.40 pagi tadi, satu letupan kuat berlaku di Empire Mall, Subang Jaya(tepi highway federal KL-Shah Alam).
Ketua Polis Subang, Assisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, letupan tersebut berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku di bahagian bawah bangunan tersebut. Letupan tersebut juga telah menyebabkan lebih 4 orang cedera, 30 premis-kebanyakannya premis makanan musnah, dan 2 buah kereta-Volkswagen Golf Gti dan Honda City rosak.
Rabu, 28 September 2011
Khamis, 22 September 2011
FERRARI 4x4 ! ! !
Ya Salam Ya Salam ...
Pada 20 September 2011, Ferrari telah mencipta mencipta sejarahnya tersendiri apabila telah merasmikan model terbarunya, FERRARI FOUR di Bucharest, Romania. Supercar ini bergerak menggunakan sistem 4x4 yang mana kereta ini digerakkan pleh keempat-empat tayarnya. Model canggih ini dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda(bhp ). Jentera ini boleh memecut dari 0 - 100km/j dalam masa cuma 3.7 saat. Kalau dah laju, sistem brek pun mesti la terbaikkan?? Ok. Sistem brek yang digunakan adalah yang terkini dan kemampuan brek tersebut boleh memberhentikan kereta ini dalam jarak hanya 35 meter ketika kelajuan mencecah 100km/j.
Harga Ferrari Four ni bermula dari RM941.531 bagi model tanpa sistem injap VAT.
Pada 20 September 2011, Ferrari telah mencipta mencipta sejarahnya tersendiri apabila telah merasmikan model terbarunya, FERRARI FOUR di Bucharest, Romania. Supercar ini bergerak menggunakan sistem 4x4 yang mana kereta ini digerakkan pleh keempat-empat tayarnya. Model canggih ini dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda(bhp ). Jentera ini boleh memecut dari 0 - 100km/j dalam masa cuma 3.7 saat. Kalau dah laju, sistem brek pun mesti la terbaikkan?? Ok. Sistem brek yang digunakan adalah yang terkini dan kemampuan brek tersebut boleh memberhentikan kereta ini dalam jarak hanya 35 meter ketika kelajuan mencecah 100km/j.
Harga Ferrari Four ni bermula dari RM941.531 bagi model tanpa sistem injap VAT.
Isnin, 19 September 2011
Kesan Penggunaan Laptop
Ya Salam Ya Salam. Ok. Kejadah nak ingatkan korang kali ni. Sebelum tu, tengok gambar ni dulu.
Korang nampakkan? Nama penyakit ni, Toased Skin Syndrome ataupun Sindrom Kulit Terbakar dan biasanya, 1 dalam setiap 10 pengguna laptop akan menghadapi masalah ini.
Macam mana laptop boleh menyebabkan penyakit ni? Kenapa sebelah kiri je yang terbakar? Macam ni. Ramai pengguna laptop yang suka letak laptop atas peha. Tahap kepanasan sesebuah laptop boleh mencecah 52 darjah celcius. Panas gak tu. Lagi, kulit yang terbakar tu boleh menyebabkan kanser.!
Berkenaan soalan kedua tu. Kebiasaannya, processor laptop diletakkan di bahagian kiri. So, bahagian processor tu yang panas melampau. Thats why la peha belah kiri yang terbakar.
Jumaat, 16 September 2011
Ular Kepala Tujuh
Ya Salam Ya Salam .... anda semua mesti pernah tengok dan jumpa ular. Kebiasaannya, ular berkepala satu. Paling dahsyat pun berkepala tiga. Tapi kali ni KejadaH akan tunjukkan kat korang ular berkepala tujuh. Mungkin ini gambar edit, tapi macam tak edit. Namun, KejadaH nasihatkan jangan terlalu percaya akan gambar ini sebab mungkin akan merosakkan aqidah.
Gambar ni di 'capture' oleh seorang pelombong di Maran. Selepas saksi mengambil gambar ni, dia terus bertempiaran lari. Menurut pemerhatian KejadaH, tidak mustahil kalau Kejadah kata bahawa ular ini adalah jelmaan jin / iblis. Lihat kawasan gambar ni diambil. Alur air, tempat lembap dan berair adalah tempat tumpuan makhluk halus. :)
p/s : Tongkat Nabi Musa bertukar jadi ular hanya dengan keizinan Allah S.W.T.
Khamis, 15 September 2011
Pedang Samurai - Part 2
Sebelum ni KejadaH dah cerita serba sedikit tentang proses pembikinan pedang samurai. Sekarang ni Kejadah nak tunjuk pulak jenis2 pedang samurai yang wujud hari ni.
Sebenarnya, samurai bukanlah nama rasmi pedang ni. Di Jepun, pedang ni dipanggil dengan nama "Ken". Samurai adalah nama bagi pahlawan Jepun. Disebabkan Samurai yang menggunakan Ken, jadi orang menggelar pedang ni dengan nama pedang samurai.
Ok! Pedang samurai ni ada banyak jenis. Pedang-pedang ni dibahagikan mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran "Shaku" yang mana 1 shaku bersamaan dengan 30cm. Di bawah ni KejadaH tunjukkan pedang-pedang yang dikelompokkan berdasarkan panjangnya.
Sebenarnya, samurai bukanlah nama rasmi pedang ni. Di Jepun, pedang ni dipanggil dengan nama "Ken". Samurai adalah nama bagi pahlawan Jepun. Disebabkan Samurai yang menggunakan Ken, jadi orang menggelar pedang ni dengan nama pedang samurai.
Ok! Pedang samurai ni ada banyak jenis. Pedang-pedang ni dibahagikan mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran "Shaku" yang mana 1 shaku bersamaan dengan 30cm. Di bawah ni KejadaH tunjukkan pedang-pedang yang dikelompokkan berdasarkan panjangnya.
Tanto
![]() |
Tanto adalah senjata sandaran bagi samurai. Ia membantu ketika samurai melakukan aksi seppuku. Mudah disembunyikan. Biasanya digunakan oleh geisha, pembunuh upahan . |
Wakizashi
Kodachi
![]() |
Katana
Tsurugi
![]() |
Chokuto
Ninja-To
Nodachi
![]() |
Nodachi adalah pedang yang sangat besar. Panjang antara 4' hingga 7'. Ada juga yang memanjangkan hingga 12'. Samurai menggunakannya ketika pertempuran luar dan menghadapi lawan pelbagai. |
Nagamaki
![]() |
Nagamaki adalah senjata menyerupai Katana. Panjang biasa 3' 6". |
Naginata
![]() |
Senjata yang digemari oleh samurai-ko. Panjang bilah ialah antara 1'6" kaki - 2" panjang. Panjang seluruh senjata ini ialah 6' 7' tinggi. |
Pedang Samurai - Part 1
Ya Salam Ya Salam .... entry kali ni Kejadah nak tunjuk pasal pedang samurai yang KejadaH selidik dan rahsia di sebalik pembikinan pedang-pedang ni. Jeng jeng jeng ...
Harga paling murah bagi sebilah pedang samurai original ialah RM1 juta(12 - 15 inci panjang). Kalau korang ade jumpa pedang samurai yang dijual harga tiga empat ribu tu, korang gelak jela kat orang yang jual tu. Haha.
Kekuatan pedang samurai ni terletak pada bahan mentah pedang dan proses pembikinannya. Ada juga yang kata, bahan mentah tu di ambil dari batu komet yang jatuh kat bumi ni. Bahan untuk buat pedang samurai ni termasuklah titanium iaitu sebuah unsur kimia. Sifat titanium yang paling terkenal dan kuat mirip dengan Zirconium secara kimia dan fizik. Kebaikan zirconium ni ialah sangat keras. Uniknya, apabila zirconium mengalami lenturan atau pukulan, ia akan menjadi semakin keras.
Dalam proses pembikinannya, orang yang buat pedang tu tak boleh tido selagi pedang tu tak siap. Proses pembikinannya sama dengan pembikinan keris, iaitu dengan cara dilipat-lipat pada suhu tinggi. Lipat-lipatan inilah yang menjadikan pedang samurai tinggi kualitinya.
Himpunan Mutiara Kata
Lame dah Kejadah tak update blog ye ...uish3 ... nah ! entry kali ni Kejadah nak bagi korang2 sume cuci otak sikit . Renung2 dan amalkan selepas korang2 baca koleksi mutiara kata ni. :)
- Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung padanya - Hamba Allah
- Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan hidup, namun jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
- Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
- Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya - Albert Camus
- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
- Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
- Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
- Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang - Cecil B. DeMille
- Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu - Aflatun
- Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
- Rezeki..ada di mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa. Yang penting, usaha dan tawakal.
- Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
- Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
- Pentingkan perkara yang penting adalah lebih penting daripada pentingkan perkara yang tidak penting. :)
Langgan:
Catatan (Atom)