Ahad, 11 Disember 2011

Mercedes Benz SLR McLaren Bersalut Emas


Sebuah firma penalaan di Switzerland - Ueli Anliker Design telah menghiasi Mercedes SLR McLaren dengan 500 delima dan emas 24k. Supercar tersebut telah diberikan nama - Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream. Firma penalaan tidak hanya memberikan sentuhan pada paras rupa, tetapi mesin juga. Sebanyak 500 LED telah digunakan untuk memastikan penglihatan yang terbaik. Selain itu, paip ekzos telah dibalut dengan penebat khas, supaya emas tidak cair. Walaupun kulit dicat emas, butang pula disaluti sama ada emas atau delima.Sport supercar ini juga disalut emas sementara logo SLR ditala dengan delima.










- Dah banyak sangat duit, kereta pun pakai emas ... :)


Jumaat, 2 Disember 2011

Kereta Terbang Terrafugia

Terrafugia adalah sebuah jentera masa depan iaitu; KERETA TERBANG. Perkara pertama yang difikirkan sebelum membeli kereta terbang ini semestinya dapat melepasi kesibukan jalanraya.

Terrafugia ini mampu terbang sejauh 724km dalam mod pesawat dan mampu mencecah kelajuan 185km/h dalam mod kereta biasa.

Jentera hebat ini juga disebut sebagai Transition Roadable Aircraft, yang mempunyai sayap yang akan terlipat secara automatik dalam masa 30 saat.

Setelah sayapnya terlipat, maka Terrafugia ini akan bergerak sama seperti kenderaan empat roda yang lain malah muat untuk diletakkan dalam kawasan garaj kereta normal. Kereta ini sangat fleksibel untuk digunakan. Terrafugia ini dijual dengan harga RM565.000.










Korang boleh layari http://www.terrafugia.com/index.html untuk maklumat lanjut ... :)


Mari Komen