Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana hendak melabelkan makanan tersebut halal atau haram.
Kesalahan yang selalu kite lihat bila orang non-muslim menggunakan perkataan HALAL.
Korang rasa mereka paham atau tidak perkara Halal ini untuk ape ?
Adakah mereka faham konsep HALAL yang sebenarnye ?
1. HAIWAN
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua iaitu HAIWAN DARAT dan HAIWAN AIR
HAIWAN DARAT :
SEMUA haiwan darat adalah halal untuk dimakan kecuali :
+ Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
+ Babi
+ Anjing
+ Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
+ Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
+ Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
+ Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
+ Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
+ Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
+ Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.


HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2. TUMBUHAN
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
3. MINUMAN
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.